Thursday, January 26, 2012

Burung Gagak Tak Ada BFF.

























dia bukan tak banyak cakap. kalau bercakap, merepek.
dia jadi tak banyak cakap, dapat dosa.
dia kurang cakap, orang tak berani dekat.
hakikatnya, dia tersisih sebab takde modal nak bercakap.


kadang orang tak banyak cakap, kurang ilmu.
bila ada sesuatu nak disampaikan, dia tak bole ingat puncanya.
jadi dia berhenti bercakap, dan mendengar.
dan berhenti persoalkan tentang BFF, kerana dia tak pernah ada satu pun.


dia nak jadi banyak cakap, tapi fakta tak pernah sampai.
jadi orang malas dengar, dan rasa dia loser.
dia nak jadi banyak cakap, tapi tak pandai bergosip.
dia bukan orang untuk diajak lepak, dia layak bercakap dengan dinding, batu dan gajah.


dia tak boleh nak bercakap, maka dia tersisih.
dia seorang serius, hakikatnya dia seorang kelakar --- dulu.
bila jadi macam ni, self-esteem jadi rendah.
hidup jadi tak best. nak bangun tidur pun malas.
bancuh teh o panas lagi tak daya.
donia. donia.


dia diajak bersembang, tapi dia diam.
dia cuma pendengar yang mendengar orang tu merintih, cakap yang berjela.
entah apa-apa.
orang tu jadi bosan, takde feedback yang memberangsangkan dan dia dibiarkan.
forever alone? dia bukan engineer. --- mungkin ya.


dia hilang sense of humor. dia boring.
dia tak layak kenal dengan extrovert. dia boring.
dia duduk sorang sorang dalam bilik gelap --- tak ada kepci, milo ais dan blackberry.
dia cuma
gelak sorang-sorang
dengan bayang-bayang.


burung gagak vs burung kakak tua.
dua-dua masuk bilik gelap, dua-dua buta.

4 comment(s):

adityojiadryan said...

its ok.aq e
lebih suka berkwan dgn org yg pendiam dari molt bnyak..

chiLleD...!! said...

terasa pd dri ini....huhu

Anonymous said...

gagak bukn bunyik bising kr??

Elmoluya WutWut said...

adityoji: nais. lega hati ini bila mu bilang begitu. keke


chillied: mungkin kita sama. pew


anon: adoi, terlalu direct laa pembacaan encik anon ni. so funny.