Friday, November 11, 2011

Obses Nombor.



facebook banjir dengan status tarikh hari ni. dabeliyu-ti-ef. oleh itu, aku printscreen antara status yang entahlah. menyakitkan pandangan dengan barisan nombor 11.11.11 atau aku memang baca dengan feeling serabut, stress, kelam kabut, gelabah.



maaf lah tak blur gambar. 

status pasal "father satan" paling aku ragui. bukan sorang forward, rasanya 40% facebookers forward status sama. fakta dari mulut siapa? atau propaganda semata? sahih ke? wallahua'lam. akhir zaman, kuatkan iman. benda ni dah lama jadi. dari aku sekolah rendah lagi, benda macam ni tak pernah habis. bukan kah syaitan dah berjanji akan menyesatkan anak cucu Adam sebelum dicampak ke bumi?

obses sangat, nampak bodoh. kata ustaz Azhar Idrus. 

AH! aku bukan nak cerita pasal ni sebenarnya. ia menjengkelkan. aku tahu tarikh ni mencelakan serba sedikit hidup sehari hari sejak dua minggu lepas. sampai aku lupa, hari ni hari Jumaat, penghulu segala yaum. Astaghfirullah.

FYP TAK BERAKHIR SEMALAM.

dan terus meleret sampai ke hari ni. 

* * *
pagi pagi lagi aku mencelakakan Avenge Sevenfold. aku suruh kejut jam 8.30, lewat sejam baru sedar. itu pun nyamuk tolong kejut. dah siap mandi kambing, konon nak terus jumpa Supervisor. mesej beliau, rupanya dia pergi sarapan. oh, balik rumah kejap. boroikan perut dengan air yogurt dan roti gardenia 70 sen. 

"saya dah ada kat ofis." ok.

SV tunjuk draft FYP siap combound lagi yang aku hantarkan semalam. oh merah sana merah sini. banyak betul salah. lagi lagi format. entah aku nak marah dekat siapa, alangkan kampus bagi format tak lengkap. spacing tak cerita detail. tapi, aku tetap salahkan diri sendiri, sebab tak tanya dekat evaluator.

kena hantar jam 3, dan aku ada 5 jam je nak edit balik. macam biasa, masalah datang lagi. huhu. sukanya saya. sukanya gila. aku memang ada masalah dengan spacing saja. aku tak nak marahkan microsoft Word yang bengong sejak dua menjak ni. ok memang salah aku. oh WORD sila salahkan saya.

setiap saat adalah mencemaskan. sekarang, printer buat masalah. semua kaler jadi merah, kaler hitam stuck-stuck. yudem. keluar lagi duit. aku baru nak saving. kena lah dalam RM40++. maka, hasilnya pukul 6.45 petang sampai atas meja SV. dan aku tinggalkan FYP finalized dengan kesedihan, kesuraman, kesakitan dan kesengsaraan. dan itulah hasilnya, oh rasa nak repeat balik. tak puas hati. oh, aku mana pernah puas hati dengan apa aku buat.

jadi adik adik sekalian,
  • Jangan buat last minit. wajah anda akan berubah seperti nenek tua atau atuk tua.
  • sediakan duit sekurang-kurangnya RM200 untuk finalize FYP. atau duit kutu pun boleh.
  • Upgrade printer pakai laser-jet
  • siap sedia kertas A4 se-bundle
  • matikan handphone ketika anda stress
  • sediakan air suam satu sudut dalam bilik. untuk jampi jampi
  • sentiasa memuji microsoft word supaya dia tak buat masalah yang sia sia
  • check format FYP sebelum anda memulakan projek so nanti tak payah nak terkial-kial di saat akhir
  • study SPSS betul betul sampai master atau apa saja tools untuk analisis data anda, kalau tidak anda akan mati kering tepi longkang bersama cicak yang putus ekornya
  • kalau boleh sekarang dah cari tajuk, buat introduction awal awal. fuh, 4 flat betul.
  • silalah jangan buat last minit, sebab kadar purata untuk anda mencarut lebih kurang 70% dari kebiasaan.
  • baik baik dengan SV anda, selalu jumpa walaupun tak ada apa nak tanya. nanti tak pasal pasal kena deduct markah. belanja makan ke, support pegi genting Highland se-famili ke

tak tahu nak cakap apa lagi. doa doa saja SV dan evaluator faham apa aku tulis. aku stress. 


3 comment(s):

wannurfazrini said...

i dont know what a special about today 11.11.11 . why orang sibuk dok cakap pasal tarikh ni? aku rasa sama je macam hari2 biasa yg lain

Anonymous said...

sabar r dugaan hidup..yg pntg submit fyp tu

Amar Alis said...

obses dekat nombor ni boleh jadi khurafat.