"How do you overcome your stress? well, you'll handle difficult customer one day."
- Selawat and zikir, everything's gonna be fine. :)
![]() |
| Convo GCAP training. |
8 bulan? tak. aku kira dari habis internship sampai sekarang. masa untuk menikmati saat pengangguran yang menggiurkan sepatutnya dah habis bulan Disember tahun lepas. bila terasa tak mampu nak keluar duit untuk beli barang-barang nak buat kek, siap hand mixer terbakar dengan oven with unstable temperature, masa tu lah terasa menggagau nak cari duit. hambek kau. menangis sampai hidung berdarah pun takde rezeki datang bergolek kalau tak berusaha. kan?
agak fed up lah jugak bila ada suara sumbang cakap aku tak berusaha cari lubang masuk mana-mana company. mula lah compare orang sana orang sini dah keje, engko duduk celah ketiak mak je. hajatnya nak berlaki orang kaya, duduk rumah goyang kaki semua keje bibik ada. lol. bapak pemalas pompuan ni. bagi penyepak sikit!
arakian, selepas kena sepak, aku pun berusaha isi Jobstreet sampai limit. orang kata, fresh graduate tak payah nak demand sangat. terima je kerja apa pun yang dapat, sebab zaman sekarang ekonomi tak menentu. selain tu, aku post segala resume dengan fotostat sijil dekat banyak gila hospital dengan private lab. aku rasa, resume aku jadi kertas bungkus nasi lemak kot.
aku fikir punya fikir, apa kena diorang ni senyap je? gambar passport aku tak cukup cantik macam Julia Robert ke? ke diorang tak suka Julia Robert?
![]() |
| makan otako tak sedap lepas interview. |
aku recall balik apa kesilapan aku sampai rezeki tak nak masuk, mungkin ada roadblock kat tengah jalan. ahaa! rupanya aku selalu bangun tengahari. siap Subuh lambat lagi. bagi aku, bangun lambat susah rezeki nak masuk. kompem. maka datang bergolek rasa keinsafan, besoknya aku bangun awal - sikit, buat solat dhuha, lahirkan rasa syukur, minta pada Allah diperturun rezeki dan menolak kepapaan.
--- jangan lupa doa dan sedekahkan Al-Fatihah untuk mak ayah kita sama ada mereka hidup atau sudah meninggal dunia. insyaAllah segala urusan dipermudahkan.
![]() |
| muka happy dapat kerja. *padahal selca before interview* |
Alhamdulillah, solat dhuha berikan hasil yang ajaib. since now, aku dah pergi 12 interview. ada job aku dapat, aku tolak atas dasar beberapa faktor, contohnya kerja tu tak sesuai untuk aku. tapi, aku dapat job yang betul-betul berkaitan dengan course, but clashed with other job yang memang aku nak join -- well memang tak ada kaitan dengan course. sampai termimpi semua ni -- betul ke apa yang aku buat ni??
again, Alhamdulillah. aku dah dapat kerja dekat Damansara.
ada salah sorang interviewer pernah cakap,
"kalau kerja biar ikhlas. kalau tak ikhlas, aura negatif akan timbul."
![]() |
| lulus - net speed : 30 wpm, english test & technical test : 60% |
okayy nak tidur, Assalamualaikum!











